Perkembangan Ilmu Perubatan (1)

oleh Prof. Dr. Burhanuddin Al Helmi, M.D.H., Ph.D.

Perkembangan ilmu perubatan adalah bermula dari semenjak berkembang tamadun sesuatu bangsa itu.  Tamadun yang tertua ialah bangsa India, Cina, Mesir Tua, Babyloon, Syria, dan Arab Islam hingga kepada tamadun dunia barat dari kurun ke empat belas hingga ke hari ini.

Perkembangan perubatan Melayu adalah mengikut tamadun bangsa Melayu ia itu semenjak tamadun Empayar Seriwijaya Majapahit dan Melaka. Sebagaimana tamadun sesuatu bangsa itu ambil berambil dan pengaruh mempengaruhi, maka tamadun Melayu itu sendiri dipengaruhi apabila didatangi oleh tamadun Hindu, Buddha dan Islam dan akhirnya tamadun barat ke negeri ini.

Yang banyak sekali mempengaruhi dan pengambilan ilmu perubatan Melayu ialah daripada perubatan Hindu dan Buddha ia itu pengaruh agama Hindu dan Buddha yang dipeluk oleh bangsa Melayu.  Bila bangsa Melayu memeluk ugama Islam maka pengaruh perubatan Islam itu menambah lagi ilmu perubatan Melayu yang telah sedia ada.

Kedatangan penjajah barat ke nusantara kita ini membawa perubahan yang terpaksa pula memakai perubatan barat, maka terbenamlah perubatan-perubatan yang lalu itu oleh pengaruh perubatan barat.  Demikian juga halnya bangsa Asia yang lain seperti Cina dan India.  Mesir pun terpengaruh dengan mengagungkan perubatan barat hingga ada yang merendahkan perubatan sendiri.

Dunia perubatan barat membanggakan bahawa bapa perubatan dunia ialah Hippocrates (S.M. 60 – 370) ia itu dukun bangsa Greek purbakala. Tetapi sebelum itu agama Hindu telah lama terdahulu di mana di antara rangkaian kitab ATHARVA VEDA itu adalah suatu kitab perubatan berkenaan dengan yang dinamakan AYURVEDA.  Tegasnya Greek masih dalam gelap lagi, India telah terkarang kitab perubatan AYURVEDA. Kitab  Veda itulah setua-tua kitab dalam dunia ini yang masih dapat dibaca sekarang.

Sete4lah AYURVEDA, datang pula zaman Samhita seperti AGNIVESA dan perakaman CHARAKA. Ini adalah edaran kedua zaman perkembangan perubatan. Peredaran perubatan ketiga dari kurun ketujuh masihi. VIKSHU ATREYA ialah mahaguru kepada JIKAKA  dan menjadi dukun kepada Buddha sendiri dn kepada maharaja BIMBISARA iaitu kurun keenam sebelum Masihi.  Universiti TAKSHASILA ialah sebuah Universiti Perubatan yang besar sekali dalam dunia seluruhanmya pada zaman itu.  VIKSHU ATREYA ialah mahagurunya, pengarang kitab SUSRUTA ialah Mahaguru NAGARJUN, lmu SALYATANTRA ialah menerangkan tentang surgery.

Dari kurun ketujuh hingga kurun ke 16 Masehi, edaran perubatan ketiga itu mulai dari MADHARA KARA hingga BHARAMISRA  yang mengarang kitab BHABAPRAKASHA.  Dalam majalah LANCET keluaran 12 Sept 1846 satu makalah yang ditulis oleh WISE berkenaan perubatan ini menerangkan India bukan sahaja maju dalam lapangan perubatan bahkan dalam lapangan ilmu yang lain seperti Hisab, Falak, Geometry telah lebih lama dan terdahulu daripada PTOLOMY, PHYTAGORAS, ARCHIMEDES, ARISTOTLE.  Begitu juga dalam ilmu perubatan, India juga telah lebih dahulu.  HESSLER dalam menterjemahkan kitab SUSRUTA SAMHITA mengatakan perubatan India telah maju 1000 tahun sebelum Masihi.  Menurut dakwaan India, ilmu perubatan India menjalar ke negeri Arab lalu ke Mesir dan ke Yaman dan Greek.

Yayasan MANU kedapatan telah wujud kira-kira 1,400 tahun sebelum Masihi manakala Yayasan ini mengajarkan hal jenis-jenis perniagaan termasuklah perniagaan benda-benda perubatan.

Kejatuhan perubatan India itu ialah manakala negerinya diserang dan ditakluk oleh musuh sebagaimana tersebut dalam sejarah India. Maka turut pula merosot ilmu perubatannya.

Falsafah pelajaran ABQRAT (Hippocrates) ialah mengatakan semua penyakit ialah natijah daripada tidak betulnya perjalanan atau campuran air, lendir-lendir dalam tubuh, yang disebutkan dengan HIPPOCRATIC  DOCTRINE OF HUMORAL PHATOLOGY.  Perkembangan ilmu perubatan oleh  Aristotle (384 – 320 sebelum Masihi) besar sekali kerana ia seorang dukun bangsa Greek yang masyhur dan ia mendapat sejarah ilmu tabii (Natural History). Aristotle murid kepada Plato ialah guru kepada Iskandar Zulkarnain.

Bertambah rancak perkembangan ilmu perubatan ini apabila datang GALEN (200 – 130 S.M) mengemukakan pendapatnya dalam ilmu perubatan Greek itu di Eropah dengan naiknya  kemenangan  Iskandar Zulkarnain menakluk Eropah, Mesir dan India lalu bersambung kepada kebangkitan ilmu perubatan Islam.

Sebenarnya perubatan sudah hampir lenyap di Eropah kemudian bersambutan pula dengan perubatan Arab seperti Harith Ibn Khaldah dan tertubuhlah balik kemajuan perubatan itu dengan bangkitnya kerajaan Islam mengembangkan ilmu perubatan dan ilmu-ilmu yang lain yang sangat maju hingga membawa perubahan dan tamadun dunia baharu dalam semua lapangan hidup.

Bapa perubatan yang kedua ialah Ibnu Sina.  Ia mengarang kitab Al Qanun, kitab Al Shifa’ dan berpuluh-puluh kitab lagi.  Hampir 500 tahun kitab Al Qanun dan Ai Syifa’ menjadi kitab pelajaran ilmu perubatan yang ulung sekali di seluruh Universiti Eropah, dipelajari oleh pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswa perubatan.  Setelah 400 tahun dipelajari di dalam bahasa Arab asal naskhah-naskhah kitab itu, kemudian baharulah di salin ke dalam bahasa Latin.  Banyak ulama dan tabib Islam yang mengembangkan kembali dengan luas dan dengan majunya perubatan.  Kemajuan Hisab, Sains dan Kimia dan perubatan Islam itulah yang menjadi asas tamadun hari ini.

Lebih dari 700 tahun perubatan Islam masih lagi terpakai di hospital-hospital di seluruh dunia hari ini, seolah-olahnya pendapat-pendapat itu pendapat mereka (Barat), pada hal ianya pengambilan daripada beberapa hukamak Islam.  Sayangnya pendapat-pendapat hukamak dan tabib Islam itu tidak disebut oleh orang-orang Barat.

Kemasyhuran Al Razi (854 -925) dalam ilmu perubatan, kitabnya telah diterjemahkan ke bahasa Latin, dan dipelajari di Universiti=universiti Eropah pada abad pertengahan hingga sekarang ini seperti kitab Spiritual Physic. Tuan M. Mayerhopf memuji Al Razi.  Katanya tidak syak lagi Al Razi ialah seorang ulama di antara yang terbesar sekali dalam dunia Islam dan seorang besar perubatan sepanjang zaman.

Manakala kemajuan dan keagongan Islam itu semakin layu dan ilmu tamadun islam itu sudah banyak dislain kebahasa Barat lantas  tamadun dan perubatan barat pula mengambil jalan perkembangannya yang baharu.  Pada tahun 1590 mula didapati teropong pembesar benda yang digelar bapa ilmu kuman (Bacteriology & Protozology) ialah A.D. Malpighi (1694 – 1628). Lee Van Hoek mengasaskan ilmu teori ulas-ulas sel (Cell Theory).  Bichat (1801 – 1771)  mengasaskan ilmu Histology.  Morgani mengasaskan ilmu Pathology.  Virchow (1821) bapa Cellular Pathology.  Louis Pastur bapa pencegah penyakit (Preventive Medicine).

Pendapat Jennar menggunakan air cacar pada mencegah penyakit cacar bersama dengan pendapat Pastur membuka lapangan ilmu pencegahan penyakit.  Lister digelarkan bapa Aseptic Surgery.  Robert Koch (1843) digelar bapa moden ilmu kuman.  Elias Metchsikoff (1866 – 1925) mendapat Pagocytosis digelar bapa teori pembantut ( Theory of Immunity).

August Von Wassermann (1876 – 1925) yang banyak memberikan pendapatnya  dalam Serology seperti berkenaan dengan Agglutininins, Opsonin dan benih penyakit demam kuning di Afrika.

Inilah cara perubahan dan perkembangan cara perubatan barat yang semakin meluas pada mengenal perkembangan penyakit-penyakit itu dari segi benda yang didapati dengan menggunakan teropong, yang memisahkan penyakit kuasa hayat dengan tenaga hama-hama dan serum hingga menjadikan arah ilmu perubatan itu berkembang menuju dua arah yang berlainan.  Tenaga kuasa hayat semakin ditinggalkan dan perhatian dan kajian kepada tenaga hama-hama dan serum semakin besar dan meluas.  Tambahan pula perkembangan dan perlumbaan Captalism dalam perusahaan industri baharu dan penaklukan pasaran dunia maka masuklah perdagangan ubat-ubat.

Perihal ilmutibb

ilmu perubatan
This entry was posted in Perubatan Homeopathy. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s