Perkembangan Ilmu Perubatan (3)

oleh Prof Dr. Burhanudin Al Helmy M.D.H., Ph.D

Kaedah perubatan Homeopathy ini mudah difahami dan diamalkan iaitu tiap-tiap ubat bila dimakan mengikut sukatan dos kebendaannya oleh seorang yang sihat, ubat yang dimakan itu pasti akan menimbulkan semboyan-semboyan, alamat-alamat dan tanda-tanda pekerjaannya dan khasiat ubat itu yang tertentu pada ubat itu yang tidak bertukar, bahkan tetap dan tentu.

Tiap-tiap ubat Homeopathy ialah ubat-ubat yang telah dicuba dan disahkan semboyan-semboyannya dan disebut“Proved” ia itu telah dibukti oleh percubaan pada laki-laki dan perempuan. Ubat-ubat yang telah dicuba dan disahkan itulah ubat-ubat yang dimasukkan ke dalam kitab khasiat ubat-ubat yang dinamakan MATERIA MEDICA, dan semboyan-semboyan yang disebutkan dalam Materia Medica itu panduan yang tetap dan betul untuk dipakai bagi mengubat dan menyembuhkan penyakit-penyakit.

Bagi mengubat penyakit-penyakit ini hendaklah  lebih dahulu mengetahui dan mengambil semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit dengan cermatnya daripada orang-orang yang sakit yang hendak diubat itu. Setelah terang semboyan-semboyannya didapati, dicarikanlah pula ubat-ubat yang ada mengeluarkan semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit yang serupa atau seakan-akan semboyan si sakit yang dirawat dengan semboyan sedia kala yang ada pada tabiat dan khasiat ubat itu, kemudian didapati pesakit itu pun pulih dan sihat kembali.

Kejayaan dalam mengamalkan Homeopathy ini bergantung kepada memilih ubatnya yang seraksi dengan “Undang-undang Seraksinya” dan bergantung kepada ubat Homeopathy yang betul-betul baik, diperbuat mengikut undang-undang dan peraturan perubatan Homeopathy jua, tidak ubat-ubat yang ditiru dan palsu.

Christian Frederick Samuel Hahnemann, mahaguru undang-undang Seraksi ‘SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR’ lahir di sebuah pekan bernama Messen dalam daerah Saxony di German pada 10 April 1755 Masehi. Ia mendapat degree MD pada tahun 1779. Tahun 1782 ia berkahwin dengan Henrietta Huchler bekerja di Hospital Dresden sebagai seorang Senior Sergeon, kemudian berhenti dari jawatan itu membuka praktisnya sendiri dalam sebuah kampung berdekatan dengan bandar Leipzic.

Dalam hari-hari ia mengamalkan ilmu perubatannya , mengubat orang-orang sakit, semakin bertambah hari semakin ketara bahawa tiada ketentuan khasiat ubat yang diberikannya itu yang dapat memberikan kesembuhan sebagaimana yang dikehendakinya.  Sekian hari semakin menimbulkan keraguannya. Dalam keadaan nya yang demikian bila anak-anaknya terkena sesuatu penyakit tidaklah ia mahu memberikan ubat kepada anak-anaknya yang dikasihinya, rela ia membiarkan anak-anaknya sakit dengan tidak berubat.

Sewaktu ia menterjemahkan ke bahasa German kitab khasiat ubat-ubat (Materia Medica) karangan Cullen (tahun 1790) sampailah ia kepada suatu ubat yang bernama Cincona dalam kitab Cullen itu yang menerangkan bahawa ubat Cincona ini boleh menyembuhkan sakit demam, kerana dalam huraiannya khasiat cincona itu boleh membuatkan demam kepada orang yang sihat yang memakannya. Soal yang besar timbul dalam fikirannya bagaimana Cincona boleh membuatkan demam dan Cincona pula boleh menyembuhkan yang seperti demam itu..

Kemusykilan inilah yang menjadi punca Hahnemann mencari rahsia tabii undang-undang seraksi Similia itu. Dengan kemusykilan ini beliau mencuba sendiri ubat Cincona itu yang boleh mendatangkan demam tetap serupa bagaimana semboyannya dalam kitab Cullen itu. Kemudian beliau mencuba sendiri beberapa ubat-ubat yang besar yang lain-lain seperti mencuba Cincona  itu, dapatlah ia mengumpulkan semboyan-semboyan dan keterangan yang diperlukan.

Akhirnya terbukalah dengan jelas kepadanya undang-undang tabii iaitu undang-undang penyembuhan SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR itu. Setelah keyakinan yang penuh didapatinya atas undang-undang seraksi itu teruslah ia mencurahkan usahanya menbuat percubaan kepada beberapa jenis ubat yang lain lagi. Pada tahun 1796 dapatlah ia mengeluarkan makalah-makalah segala perkara yang penting menjadi siaran dan perisytiharannya dalam majalah perubatan yang masyhur HUFFLAN’S Journal.

Manakala makalahnya tersiar berkenaan dengan undang-undang seraksi yang telah didapatinya itu heboh dan gegarlah kedudukan alam perubatan seluruhnya terutama alam perubatan yang telah diiktiraf di seluruh negeri di Eropah ketika itu.

Ada golongan yang menyambut dengan sukacitanya dan ada golongan yang menyambut dengan cemburu dan menentang sehingga memandang ia sebagai musuh.  Dengan kehebohan dan gegaran yang timbul itu golongan yang menyokong kepada usaha Hahnemann dan golongan yang menentang semakin membesarkan tentangan dan permusuhannya. Pada tahun 1805 dapatlah Hahnemann mengeluarkan sebuah kitab dalam bahasa Latin bernama PRAGMANTADE VIRUVUS.

Inilah kitab khasiat ubat yang telah dicuba dengan sahnya (Provings) oleh Hahnemann dipersembahkan bagi seluruh alam perubatan di zaman itu. Lima tahun kemudian (1810) keluar lagi sebuah kitab yang tinggi sekali mutunya yang tiada tolok bandingnya di zaman itu hingga ke hari ini ialah kitab ORGANON. Setelah kitab Al Qanun Ibnu Sina yang menjadi kitab suci doktor-doktor mempelajari ilmu perubatan di seluruh Universiti Perubatan di Eropah pada kurun pertengahan.  Kitab ORGANON Hahnemann itulah pula menggantikan tempat Al Qanun Ibnu Sina.

ORGANON itulah kitab utama sekali mengandungi falsafah dan perubatan Homeopathy yang sangat berjaya mengajarkan ilmu Seraksi bagi menyembuhkan penyakit menusia yang telah mendapat sambutan daripada rakannya. Maka dengan kitab ORGANON itulah naik kemegahannya kerana mendapat kaedah undang-undang seraksi, sebagai jurureka yang mendapat undang-undang seraksi perubatan Homeopathy itu.

Kemasyhurannya telah memberikan peluang kepadanya mengajar ilmu baharu itu di University Leipzic selama sembilan tahun, iaitu dari tahun 1812 hingga tahun 1821.   Kerana kemegahan dan kejayaan jasanya yang besar itu adalah menambah kemarahan golongan-golongan yang menentang dan memusuhinya. Akhir sekali dengan fitnah dan desakan berbagai-bagai helah musuhnya terpaksalah dia dihalau keluar dari Leipzic.

Ia berehat di sebuah pekan bernama Kothan dan di sanalah ia mengamalkan ilmu Homeopathy itu selama 14 tahun. Kerja dan jasanya selama di Kothan itu telah mendapat perhatian dan penghargaan daripada Duli Yang Mulia Raja negeri itu dan ia mendapat kurniaan diraja.  Bertambah megah dan kemasyhurannya manakala keluar kitabnya yang menghuraikan penyakit idapan yang bernama CHRONISCHEN KRANKHOITES pada tahun 1828.

Hahnemann telah mendapat bukti dan membuktikan bahawa ubat-ubat (drug) itu apabila melalui proses trituration nescaya ia bertukar kuasa dan tenaga serta khasiatnya kuat pada menyembuhkan penyakit dengan cepatnya. Pada masa yang akhir ini ahli-ahli kimia telah membuktikan pula bahawa tiap-tiap sesuatu kandungan kimia dalam sesuatu benda yang asal itu bila dicampurkan dalam sesuatu benda yang lain yang lebih banyak kandungannya daripada kandungan kimia itu nescaya apakala kandungan kimia yang sedikit itu berpadu di dalam campuran lebih banyak itu, bertukarlah kuasa kimia-kimia yang sedikit itu kepada kuasa elektrik dengan cergasnya menunjukkan corak molikulnya bergerak lebih kencang.

Kenyataan ini ielah disebutkan dengan jelasnya di dalam kitab Qrganon yang di namakan Theory of Dynamization dahulu.  Hahnemann memerhati dan menyaksikan khasiat sesuatu ubat itu bila diberikan kepada orang sakit bila ubat-ubat itu melawan penyakit (aggravate) tandanya ubat itu seraksi, tetapi itu terlalu tebal dan keras menambahkan sakit di atas sakit yang sedia ada pada orang sakit itu. Tetapi oleh kerana ubatnya telah serupa dan seraksi dengan penyakit itu, setelah habis melawan ubat penyakit itu pun sembuh dengan baiknya. Sakit-sakit yang melawan ubat inilah yang menimbulkan fikirannya pada mendapatkan undang-undang menajam dan menghaluskan ketajaman ubat itu yang dinamakan Low of Dynamization.  Ia ditimpa kemalangan kematian isterinya pada tahun 1830, setelah kematian isterinya ia ditimpa susah dan berbagai kesulitan hidup.

About ilmutibb

ilmu perubatan
This entry was posted in Perubatan Homeopathy. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s