Kedudukan Homeopathy Di Malaysia

Di Malaysia Perubatan Homeopathy diletakkan di bawah TCM (Traditional & Complementary Medicine) atau Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari (BPT&K), oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM telah melantik enam (6) Badan Pengamal yang merangkumi keseluruhan sistem perubatan yang diamalkan di Malaysia. Ia adalah termasuk: Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS), Federation of  Chinese Physicians and Medicine-Dealers Associations of  Malaysia (FCPMDAM), Federation of Chinese Physician & Acupunturists Association of Malaysia (FCPAAM), Malaysian Chinese Medical Association (MCMA), Pertubuhan Perubatan Tradisional India Malaysia (PEPTIM) dan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).

Badan Pengamal Homeopathy dikenali sebagai Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) atau Malaysian Homeopathic Medical Counsil didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah BPTK (Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari). MPHM dengan kerjasama KKM bertindak sebagai pemantau kepada semua pengamal-pengamal perubatan Homeopathy seluruh Malaysia. KKM telah mewajibkan setiap pengamal Homeopathy supaya mendaftar melalui e-Pengamal dengan KKM dan menjadi ahli kepada MPHM. Ini untuk memastikan supaya amalan perubatan Homeopathy di Malaysia dijalankan dengan sah, berkesan, bermutu dan selamat kepada Khalayak. Di samping itu MPHM telah diberi kuasa untuk mengawal selia serta meningkatkan professionalisme para pengamal Homeopathy.

Usaha kerajaan Malaysia melalui KKM dalam mempertingkatkan perubatan komplementari ini perlulah diberikan pujian. Ini terbukti dengan tertubuhnya Hospital Intergrasi kerajaan di tiga buah hospital yakni Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang,  Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. KKM telah mewujudkan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari beroperasi di setiap hospital-hospital tersebut. Walaupun perkhidmatan di unit-unit tersebut masih terhad kepada beberapa jenis perkhidmatan namun ia telah menampakkan sambutan yang menggalakkan dari masyarakat. Perkhidmatan tersebut adalah ‘Urutan Melayu Bagi Rawatan Kesakitan Kronik Dan Angin Ahmar, Akupuntur Bagi Rawatan Kesakitan Kronik Dan Angin Ahmar, Perubatan Herba Sebagai Rawatan Sampingan Untuk Pesakit Barah dan Amalan Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (hanya di Hospital Putrajaya sahaja).

Setelah projek ini menampakkan kejayaannya kerajaan bercadang akan memperluaskan lagi ke hospital-hospital di seluruh negara dan dianggarkan dalam rancangan Malaysia Ke 10 semua hospital di seluruh negara mempunyai unit PTK nya yang tersendiri termasuk perubatan Homeopathy.

Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang kini dikenali sebagai Malaysian Qualifying Agency (MQA) dengan kerjasama KKM dan MPHM telah berjaya menyediakan draf kurikulum Homeopathy serta telah diterima pakai oleh KKM dan Kementerian Pengajian Tinggi.  Sekarang ini sebuah universiti yakni Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) telah pun memulakan kursus di peringkat ijazah Bachelor of Homeopathic Medicine Science (Hons.) [BHMS {Hons.}] pada Ogos 2010.  Ini adalah lakaran sejarah yang pertama di mana dalam tempuh lima tahun dari sekarang CUCMS akan mengeluarkan graduan Homeopathy yang pertama di Malaysia dan mungkin akan diserapkan ke hospital-hospital kerajaan.  Dikhabarkan ada beberapa buah universiti lagi yang akan mewujudkan fakulti perubatan Homeopathy dan ini adalah khabar baik kepada ibu bapa yang berminat untuk menyerapkan ilmu perubatan ini kepada anak-anak mereka.

http://nursyifa.info/homeopathiceducationmalaysia.pdf

About ilmutibb

ilmu perubatan
This entry was posted in Perubatan Homeopathy. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s