Perkembangan Ilmu Perubatan (4)

oleh Prof Dr Burhanuddin Al Helmy M.D.H, PhD.

Hahnemann meninggal dunia pada 2 Julai, 1843 sewaktu berumur 88 tahun. Mayatnya dikebumikan di jirat MOUNTMATRE. Kemudian oleh pencinta-pencintanya dipindahkan mayatnya ke jirat PERE-IA-CHAISE pada tahun1899  kerana memberi penghormatan akhir dan kenangan berpanjangan.

Walaupun Hahnemann telah meninggal dunia seperti mahaguru-mahaguru yang lain, tetapi ajaran Homeopathy terus hidup dan berkembang ke seluruh negeri yang maju dan bertamadun.  Hari ini Homeopathy berkembang terus di Eropah dan Amerika serta beberapa buah negeri di Asia, Afrika dan Australia. Di negeri-negeri Russia juga turut berkembang.

Undang-undang Similia bukanlah perkara baharu, tetapi dari semenjak zaman purba lagi undang-undang ini telah diterima oleh ahli-ahli perubatan India, Greek dan Arab, cuma tidak dapat kaedah memakainya sehingga Hahnemann dapat memakaikan kaedah Similia itu sebagai kaedah yang tetap.

Dukun-dukun Melayu juga telah kenal dan menerima undang-undang Similia itu dengan memakai perkataan seraksi atau sakun serta dengan kepercayaan maya dan semangat benda.

Ahli-ahli falsafah India tua telah mempercayai asal punca segala benda yang dinamakan PARAMANU seperti ahli sarjana zaman sekarang mempercayai M0likul dan Atom.  Pembahagian asal benda kepada mereka terbahagi kepada lima asal:-

  1. Cair – OP
  2. Keras – KSHITI
  3. Angin – MARUT
  4. Athir – BYOM
  5. Tenaga Kuasa – TEJA

Dalam kitab PARACHELEUS telah pun menerangkan undang-undang Seraksi itu. Kitabnya dikeluarkan di Geneva pada tahun 1658, telah menyebut rumus SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR itu.

Undang-undang Similia atau seraksi yang didapati oleh Hanemann itu sampai kepada umbi-umbi khasiat benda yang sekarang dikenal sebagai tenaga atom kerana teorinya dari amalan perubatan Homeopathy ini ialah menggunakan dos yang sangat-sangat halus yang disebut infinitismal dose maka dos ini mempunyai tenaga-tenaga yang seni dan khasiat ubat itu yang bertenaga atom atau gerak elektrik (elektron).

Dunia perubatan lama Allopathy yang selama ini membanggakan penyiasatan penyakit dan ubatnya di bawah kuasa pembesar teropong yang dapat melihat dan membesarkan rupa-rupa kuman, tetapi dengan datangnya perubatan Homeopathy  sudah ketinggalan jauh dibawa oleh perubatan Homeopathy teropong yang bermilion-milion kali kuat bagi melihat kuasa-kuasa elektron.

Prof. Von Behring dalam penyiasatanmya telah membuktikan di hadapan Sidang Persekutuan Physiology Berlin, German, berkenaan kuman Tetanus adalah lebih besar daya penyembuhnya dengan diberikan bisa-bisa tetanus itu, manakala dihaluskan kepada tenaga Infinitismal.

Lebih tegas lagi pendapat ahli sarjana yang masyhur seperti Virchow, Moleschott dapat menunjukkan dahawa ubat yang diperhaluskan tenaganya hingga sampai kepada kehalusan atom dan elektron lebih besar khasiatnya daripada masih dalam keadaan benda yang biasa. Perubatan Biochemic Dr Schuessler telah menjadi kenyataan yang berulang tiap-tiap hari boleh menyembuhkan bermacam-macam penyakit dengan memberikan tenaga atom ubat Biochemic itu kepada ulas-ulas sel urat saraf manusia itu. Jalan penyembuhan Biochemic Dr. Schuessler ini adalah sejalan dengan infinitismal dos perubatan Homeopathy, cuma bezanya Biochemic ditujukan kepada kekurangan zat-zat biochemic kepada ulas-ulas sel yang lapar.

Daya tenaga ubat-ubat potency Homeopathy itu dalam dunia perubatan baharu ini semakin nyata kebenarannya bagaimana yang telah disaksikan dalam Gedung Penyiasatan Boyd pada tahun 1957, bagaimana kebenaran dan kenyataan ubat-ubat potency itu sungguh benar kecergasannya memberi daya penyembuh.

Homeopathy telah lebih 50 tahun masuk ke Malaya.  Saya balik dari India pada tahun 1929 telah membawa pengertian Homeopathy yang telah melepaskan saya daripada penyakit lelah.  Tahun 1937 baharulah saya dapat bersama dengan Prof. Dr. Rajah membuka gedung Homeopathy di Singapura dan Johor Bahru sehingga tahun 1942. Usaha-usaha saya terhenti kerana sibuk dengan soal pergerakan agama dan tanahair.

Pada 29 Ogos 1952 saya mulakan kembali menggunakan ubat Homeopathy dengan memberikan banyak pertolongan kepada keluarga dan sahabat handai. Pada tahun 1954 suatu Angkatan Pemuda Homeopathy mula tersusun mempelajari ilmu ini setelah saya ditugaskan oleh pihak Perguruan Homeopathy International.  Akhir sekali terdirilah Dewan Kesihatan Melayu di Singapura dan Dewan Tata Hidup (1957) di Kuala Lumpur. Semangat perkembangan Homeopathy dapat perangsang manakala Dr Corea datang dengan rasminya melawat Malaya dengan tugas Congress Perubatan Homeopathy Sedunia pada masa Malaya merdeka itu.

Jaguh Homeopathy International yang terkenal Dr. Edward Mac. Heyzer dalam angkatan tentera British yang datang ke Malaya dalam masa Perang Jepun, ia sebagai seorang doktor dan surgen tentera telah mengambil bahagian aktif memperluaskan dan memperkenalkan Homeopathy di hospital dan dalam peringkat terpelajar di negeri ini.

Beberapa orang India yang telah mendapat pelajaran menggunakan ubat Homeopathy secara layman physician ada yang memberi pertolongan kepada masyarakatnya di Malaya dan ada yang membuka kedai-kedai ubat Homeopathy di bandar-bandar besar di negeri ini.

Masyarakat kita Melayu telah mula menerima jasa pertolongan perubatan Homeopathy ini kerana murah, senang dan sedap dimakan, lebih-lebih lagi perempuan dan kanak-kanak sangat tertarik dengan perubatan Homeopathy ini sesuai dengan adat kesenangan orang-orang Melayu.

About ilmutibb

ilmu perubatan
This entry was posted in Perubatan Homeopathy. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s